Date : 1/16/2021 Email: info@iked.com.my

logo

Kecemerlangan melalui gandingan strategik

  PERKHIDMATAN SYARIKAT

Teknologi Digital Jawi & Arab

iKED disokong oleh Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia (PENJAWIM) dan berkongsi dalam penyelidikan, pembangunan dan memperkenalkan teknologi digital Jawi dan Arab. PCT juga mempunyai kepakaran dalam bidang Jawi, arab dan pengetahuan Islam.

iKED telah ditugaskan oleh Sirim Bhd sebagai ahli jawatankuasa untuk menghasilkan piawaian bagi papan kekunci jawi antarabangsa ( International Jawi Keyboard Standard - MLIT Standardization)

iKED juga melibatkan diri dengan pusat-pusat Islam seperti akademi Islam di Universiti Malaya, pusat bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan kolej Islam Kelantan (KIAS).

iKED telah berjaya membangunkan modul Jawi & Arabic Word Processing untuk Comil Zamrud (Alat pengarangan multimedia keluaran MIMOS) seperti yang dijadualkan pada 1999.

Sistem Aplikasi di bawah R&D

Jawi Pro Kalam (Pemprosesan Perkataan Jawi & Arab) adalah suatu aplikasi yang membolehkan proses menulis (typing), menyunting (editing) dan mencetak (printing) menggunakan abjad Jawi, Arab dan Rumi. Pemprosesan Perkataan Jawi memudahkan penulisan teks Al-Quran Resam Uthmani. Ia juga menyokong pemformatan abjad Jawi/Arab dan Rumi seperti saiz dan jenis font, gaya huruf, jajaran, dwi-arah dan sebagainya. Pemprosesan Perkataan juga dilengkapi dengan 5 font jawi tambahan dalam format Unicode. Penyimpanan dokumen adalah dalam bentuk format jawi.


i) Papan kekunci maya yang mengandungi kesemua karektor Arab dan 6 karektor Jawi yang lain.
ii) Menyokong tanda-tanda bacaan untuk penulisan teks Al-Quran Resam Uthmani.
iii) Daftar Ejaan Rumi - Jawi
iv) Kemudahan Internet: Jawi E-Mail

Antara Aplikasi Dekstop & Aplikasi Web yang berjaya di bangunkan oleh iKED berkenaan dengan Jawi & Arab :
1. Aplikasi Jawi Pro Ofis;
2. Permainan Jawi Pro Skrabel 1.0;
3. Laman Web Jawi & Arab (Laman web IDB & epondok versi Jawi & Arab)
4. Forum Rumi, Jawi & Arab Online
5. Chatting Rumi, Jawi & Arab Online
6. Kaunseling (Menyokong tulisan Jawi, Arab & Al-Quran)
7. Al-Quran Online (Searching Teks Al-Quran)

 

 

Let's Get Started